Masjid sebagai sebuah institusi yang disegani di tengah-tengah masyarakat, perlu mengketengahkan sistem pengurusan yang profesional , sistematik , efektif dan berintegriti .
Pengurusan kewangan yang efisyen dan telus akan menambah keyakinan masyarakat yang akhirnya akan mempengaruhi sikap dan keyakinan ingin menyumbang terhadap masjid dan surau juga turut meningkat. Pengurusan kewangan merupakan “ aspek fundamental” yang cukup asas di masjid dan surau bagi menjana aktiviti pembangunan dan pengimarahan sebagaimana dituntut oleh syariah. Tambahan pula, masyarakat memberi persepsi bahawa Pegawai dan Jawatankuasa Masjid yang dilantik membawa amanah dari seluruh ahli kariah.
Sebagai pemegang amanah dan tanggungjawab , pastinya masyarakat sama sekali tidak boleh menerima sebarang elemen ketirisan atau kecuaian dalam pengurusan kewangan masjid dan surau.